Dear Followers :)

I speak my mind here. Aku suka menaip -,-"

AKAD NIKAH.

Assalamualaikum.


Maaf la gelabah sikit nak posting. Sebab lama gila tak share story kat sini. Thats why saya humban segala benda yang ada. So untuk post kali ni saya nak share pasal Majlis Akad Nikah saya. Alhamdulillah after 3 years, sah bergelar ISTERI kepada Nur Ahmad Bin Mohd Rofi aka abang senior. Fyi, saya kenal dia dah lama cuma before decided nak couple dengan dia memang tak pernah bertegur pun. Dia senior saya masa zaman belajar dulu. Masa dulu, saya pernah la tercouple dengan kawan baik dia. Masa tu saya semester 1 and dorang semester 2. Pernah terserempak dengan suami before this tapi tak cam pun muka dia macammana. Kita flashback balik to my love story, actually masa tu ex saya pernah datang ambil saya dekat station bus. Masa tu husband kat situ and sebenarnya dorang kawan baik. And masa tu saya agak mengantuk so do i look like i care? Sebenarnya dia yang cam saya and why dia cam sangat saya, sebab dekat politeknik tu and dalam department tu saya je yang tinggi (alasan tak masuk akal). Disebabkan tiada jodoh antara saya dan ex masa tu, so we decided to break. After a few years, jumpa balik dengan suami saya sekarang ni. Kenal dia sehari je masa tu tahun 2014 and dia proposed saya untuk jadi lebih dari kawan. Bila dah lama sangat kenal hati budi masing masing, kami plan untuk bertunang. Masing masing bincang dengan family masing masing and pilih tarikh 11 December 2016 untuk bertunang sekaligus merisik. Untuk tarikh akad nikah, kami pilih beberapa bulan selepas tu iaitu pada tarikh 30 August 2017 and alhamdulillah segalanya dipermudahkan baik segi persiapan kahwin dan jugak borang borang yang nak disubmit sebelum kahwin tu. Untuk majlis akad nikah, saya pilih untuk buat dekat rumah tapi unfortunately jurunikah minta untuk buat dekat masjid sebab nak nikahkan pasangan lain sekali. So, kami buat dekat Masjid Tunjung Kelantan actually dekat je dengan area rumah saya. Dalam 5 minit dah sampai.

   Untuk baju nikah, saya tempah dari kakak suami saya and warna yang saya pilih ialah cream and grey. Actually recycle balik kain masa hantaran tunang dulu. Kalau korang nak tempah baju nikah / tunang atau untuk apa apa event sekalipun boleh tempah dengan dia. Boleh search dekat instagram @Cikainalmardiyah ataupun @Bymardiyah. InshaAllah harga berpatutan and kualiti jahitan pun bagus. Untuk pelamin, saya memilih untuk menempah dengan kawan baik saya. Instagram dia korang boleh type @Nuhabridal . Dekat situ actually banyak contoh pelamin tapi untuk pelamin saya ni, memang 100% saya yang bagi design and dorang tolong siapkan je. Saya memilih design bunga dan pelamin tu memang penuh dengan bunga. Untuk makeup pun dari @Nuhabridal juga. Makeup saya nak makeup yang natural. Tak nak terlalu tebal memandangkan ni untuk majlis akad nikah saja. Tapi takda pulak gambar saya nak share.






Masa ni nak akad dah. Tok kadi tu boleh pulak patah tangan. HAHA. Comel je bersimen macamtu.

Ni batal air wuduk. Tetiba rasa baik pulak salam macam tu dengan suami kihkih sebab diri yang sebenar agak degil jugak.

Yay dah jadi laki bini. Cantik kan background bunga tu.

Nur Ahmad bin Mohd Rofi. Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke Jannah.

So itu sahaja post saya untuk kali ini. Next post saya akan sharekan mengenai Majlis Sanding dan barang barang hantaran :)

No comments: