Dear Followers :)

I speak my mind here. Aku suka menaip -,-"

Baby Kicking Untuk Kali Pertama

Assalamualaikum ♡

Entry kali ni saya nak share macammana saya rasa masa baby comel dalam perut saya ni kicking. Ya Allah sungguh saya bersyukur dengan apa yang saya rasa sekarang ni. Tak boleh nak digambarkan dengan kata kata. Yelaa, bila mengandung anak pertama ni lain macam sikit perasaan dia. Saat saya tengah menaip entry ini pun dia tengah active bergerak dalam perut saya ni.

Minggu lepas saya sebenarnya dah mula risau. Sebab kalau nak ikutkan kandungan saya ni 5 bulan dah. Tapi kenapa saya takda rasa lagi pergerakan bayi tu. Atau memang ada movement dari si dia, cuma saya yang tak perasan kot. Sebab tu saya tak dapat rasa. Saya pun tak pasti pasal ni. Bila takda and tak pernah rasa baby kicking tu, saya dah start risau and mula buat research dekat google dan banyak juga tanya pendapat mama saya (sebab dia nurse and pernah jadi bidan masa dia muda dulu kikiki). So dari apa yang saya dapat, sebenarnya sesetengah orang 4 bulan pun dah rasa dah pergerakan baby tu. Depends la, kalau cepat cepat lah. Seawal minggu ke 16 dah dapat rasa dah si dia punya pergerakan tapi sikit jela. Maybe dia baru nak membesar kan. Then selebihnya tu minggu ke 18 dah seterusnya. Macam kes saya ni, minggu ke 16 saya memang tak rasa langsung baby bergerak. Ada juga sahabat saya tanya, "kau tak rasa lagi ke? aku 4 bulan dah rasa dah.." Sebab dia pun pregnant tapi jarak saya dengan dia dua bulan. So saya sekarang 5 bulan. Dia pulak 6 bulan lebih nak ke 7 bulan dah. Bila dia tanya macam tu, memang jawapan saya hanya "baby kecik lagi, sebab tu tak rasa.." dengan "kulit perut aku tebal sebab tu aku tak rasa pape.." 
Macam kes saya ni takda apa pun nak dirisaukan, doktor pun cakap baby kecil lagi. Bila scan okay je laju bergerak. Siap garu garu lagi. Hihihi. Cuma satu masalah perut saya ni tak nampak macam saya ni tengah pregnant. Nampak macam saya yang dulu. Sampai orang tak tahu pun saya pregnant. Saya ada beli satu radio kecil (khas untuk alQuran dan radio biasa). Dalam radio tu memang completed surah-surah dan ceramah dari ustaz terkenal. Bila nak tidur je, saya akan buka surah ibu mengandung and biarkan sampai ke pagi esok. Biasanya saya letak dekat sebelah perut saya je. Sebab kata orang baby even dalam perut sekalipun semua benda dia dengar. Kalau boleh saya nak ajar dia dengan surah surah khususnya surah Yusuf, Surah Maryam..

So, saya mula rasa baby saya bergerak hari Jumaat lepas (19 January 2018).. Baru lepas makan and solat masa ni.. Saya amalkan macam yang orang cakap, cuba bagi rangsangan pada baby.. Saya start la bagi salam, lepas tu usap usap perut.. Bercakap dengan dia.. Tanya khabar dia.. And saya siap tanya lagi, 'kalau sayang ibu, cuba baby respond sikit..' Haa, masa ni lah dia respon, dia tendang perut saya ni. Rasa dia macam ada something dalam perut tengah bergerak. Sesetengah orang cakap kononnya rasa macam rama-rama dalam perut. Tapi saya tak rasa ada rama-rama, cuma saya rasa macam ada orang tengah main bola dalam perut saya ni, Bila dah rasa sekali macam tu, saya terus terkejut lepas tu panggil husband untuk rasa. Malangnya, anak saya ni pemalu dengan bapak dia. Husband tunggu je nak rasa, anak langsung tak respond dekat dia. Hahaha. Sabtu (20 January 2018), pun sama juga, dia menendang makin active. Lagi lagi bila saya lepas makan. Mula lah dia berdansa. Sama juga bapak dia tak dapat rasa. Sampai bapak dia gigit gigit perut saya sebab dia cakap anak taknak cakap dengan dia.. Ahad (21 January 2018) bangun je dari tidur, saya macam biasa letak tangan dekat perut. Sambil usap usap..Masa ni dia active menendang.. Mungkin lapar kot. So bila dia tengah berdansa dalam perut ni, saya ambil tangan husband saya then saya suruh dia pegang perut saya. Buat kali pertamanya dia dapat rasa anak kami menendang. Tiga kali pulak tu dia tendang ayah dia. Suka lah husband saya bila dapat rasa moment tu.

Semalam bila dah bosan sangat dekat rumah, saya dan husband plan nak pergi tengok movie. So lepas solat maghrib tu kami siap siap and terus ke Mytown untuk tengok movie (Den of Thieves).. Kami pergi merempit je. Masa tengah tengok movie tu, ada satu part tembakan. Memang sangat sangat kuat. Sampai kan baby ni pun terkejut. Saya boleh rasa dia menendang active. Kesian dekat dia. Maafkan ibu ye. Ayah la ni mengada nak tengok movie. Takpa, lepas ni kena beringat sikit kalau nak tengok movie ke apa. Kesian anak ibu.
Image result for baby kicking cartoon

1 comment:

Izzati Amira said...

Alhamdulillah, semoga anak yang lahir nanti sihat walafiat ye :)