Dear Followers :)

I speak my mind here. Aku suka menaip -,-"

Sakit Masa Kandungan 7 Bulan.

Assalamualaikum.


Harini kandungan saya dah masuk 30weeks++ dah. Lagi beberapa bulan a.k.a minggu untuk saya melahirkan khalifah sulong saya ni. Sebenarnya bila dah masuk 30 minggu ni, macam macam sakit saya dah dapat rasa. Antaranya ialah sakit pinggang. Bagi saya dah biasa sebab kita nak tampung berat baby dalam perut ni kan. So sakit ke tak sakit ke kita sebagai bakal ibu mestilah hadap and yakin Allah dah jadikan wanita itu penyabar / mampu tahan segala jenis sakit termasuklah sakit semasa bersalin nanti.

Lately ni saya selalu sangat rasa sakit macam Period Pain tu. Sesiapa yang ada masalah senggugut mungkin faham dan saya antara salah sorang yang selalu sangat hadap benda ni every month (before pegnen) .. Cuma sakit senggugut masa pegnen ni lain macam lah kan? Saya pulak first time nak jadi ibu. So memang takda langsung pengalaman. First saya rasa sakit masa last two weeks before. Masa tu lebih kurang pukul 2 pagi. Rasa sakit lebih dari sakit period pain tu. Saya tak pernah menangis tau period pain dulu. Tapi kali ni betul betul sakit sampai keluar air mata perempuan saya ni. Kejut suami just nak bagitau sakit. Dia dah cuak and tanya saya nak pergi klinik tak. Sebab malas and tak nak susahkan dia. Saya cakap je malas pergi. So dia pun urut urut belakang saya and terus tidur. Saya rasa masa tu saya tak boleh tidur langsung. Nak kejut dia kesian sebab esok dia kerja pagi. Saya pejam jugak mata and tertidur jugak. Esok masa bangun tu alhamdulillah takda apa apa benda pelik keluar and bayi pun aktif menendang je ni. Okay la tu kan?

Then untuk kali ni, jadi lagi semalam 8 April 2018. Sakit sama jugak macam period. Tapi petang. Cuma on off. Kejap ada.. Kejap dia hilang. Bila buat research pasal ni ada yang cakap Brixton Hicks Contraction. Mungkin tak kuat. Ada jugak yang bagitau ni maybe perawalan sebelum bersalin. Sebab baby nak membesar. Perut kita pun makin mengembang. Sebab tu rasa sakit. Cuma masa nak bersalin tu sakit dia mungkin 20x ganda kot.

Sekarang masa tengah buat entry ni pun saya rasa sakit. Dah pesan awal awal dekat suami packing siap siap barang semua. Takut balik kerja nanti direct ke hospital je. Cuma tu lah banyak barang saya tak sediakan lagi. Takut jugak tetiba nak beranak dah kan? Doakan jelah semuanya okay. Saya harap anak saya ni lahir sempurna, sihat, selamat dan cukup bulan je.

No comments: