Dear Followers :)

I speak my mind here. Aku suka menaip -,-"

Scan baby di Poliklinik Az-Zaara Ampang.

Assalamualaikum.

Entry harini saya nak share pengalaman saya scan baby dekat Klinik Swasta. Nanti saya akan share klinik mana yang saya pergi. Beberapa hari sebelum scan dekat klinik swasta ni, saya memang ada appointment dekat Klinik Kerajaan. Selang beberapa hari je. Saya pilih untuk scan pada weekend memandangkan saya dan suami cuti pada hari yang sama iaitu hari Sabtu -24 March 2018.

Nak dijadikan cerita, pergi scan klinik kerajaan memandangkan usia kandungan dah 7 bulan. Appointment saya macam biasa pukul 8 pagi. Bukan rezeki saya kot. Masa scan tu doctor tak explain sangat pasal bayi saya. Dia just bagitau air ketuban, HB saya dan keadaan bayi. Tu je. Masa scan saya ada tanya anak saya ni Lelaki ke Perempuan. Then dia pun tak yakin sebab dia cakap tak nampak. So jawapan dia "maybe perempuan kot".. So takpa la, memang mostly klinik kerajaan tak menyempat nak layan kerenah kita. Yela bukan saya sorang je yang datang untuk check up. *positive thinking
Disebabkan jawapan acuh tak acuh tu, saya dan suami cadang nak pergi check dekat klinik swasta je. Memang agak mahal. Tapi berbaloi dengan apa yang kami dapat.

Kami memilih Poliklinik Az-Zaara sebagai klinik pilihan pertama kami. Before this kawan husband saya pernah bawak wife dia datang sini. Harga yang ditawarkan ikut pakej mana yang kita pilih. So dekat bawah ni ada pakej yang ditawarkan dekat klinik ni. The price quite expensive tapi for me kira okay la kan sebab kita dapat tahu semua detail pasal anak kita. Why nottttt. So dekat bawah ni saya ada letak nama klinik dengan address. Kalau korang nak buat appointment ke apa boleh direct wassap or call nombor kat bawah. So far memang puas hati sangat sangat sebab saya dapat tahu every detail pasal anak and jantina dia sekli. Sangat sangat recommended!

Foto Poliklinik Az-Zaara.

Untuk pakej dia pulak.. Saya ada share kat bawah ni.


Foto Poliklinik Az-Zaara.
Saya dan suami memilih pakej nombor 6 which is on weekend. Harga dia RM170. Kenapa pilih time weekend? Sebab time ni je free. Suami saya pulak kebetulan cuti pada hari Sabtu. So memang terus buat appointment. Bagi pendapat saya, staff dekat klinik ni sangat mesra. Memang berbaloi dengan harga. Masa scan tu, first sekali dia tunjuk ialah jantina anak saya. Lepas tu baru dia akan tunjuk one by one dari atas sampai ke bawah. Alhamdulillah semua okay. Cuma anak saya masa ni tidur. So tak dapat tengok full muka dia. Yang kelakarnya part yang nak kejutkan dia tu, anak saya siap buat memek muka nak nangis. Tu laa kacau lagi dia tidur. Moment masa tengok muka dia tu hanya Allah je yang tahu perasaan tu. Rasa nak je peluk dia tapi nak buat macammana dia kat dalam perut lagi kan. Saya baru tengok muka dia masa scan dah jatuh cinta. Tu belum lagi dia ada depan mata. Indah sungguh ciptaan Allah ni. Tak sangka ada nyawa lain dalam badan saya yang saya kena jaga dengan sepenuh hati saya. Nyawa yang tak terbeli oleh kata kata. Hanya Allah je dapat gambarkan perasaan tu.


Tinggal lagi dua bulan sebelum saya melahirkan anak pertama kami. Sekarang dah masuk bulan 4. Preparation pun saya dah buat sikit sikit. Cuma tinggal barang saya untuk dibawa ke hospital dan juga masa berpantang nanti. Hopefully semuanya okay. Saya sekarang pun dah masuk 30weeks. Bila bila masa je anak ni boleh keluar. Harap harap semuanya selamat sampai la ke bulan 6 ni. Kalau boleh nak lahirkan anak ni di negeri tercinta iaitu Kelantan. Tapi ayah dia macam nak anak ni IC KL je. Haha. Takpa la janji selamat semuanya. Terima kasih sudi baca blog yang tak seberapa ni. Doakan saya ye. Byeee!

1 comment:

Anonymous said...

188bet | Sports and eSports Betting | ThTopBet
Bet on eSports on a wide range of 우리카지노 games and join up with 188bet today! Sign up to get up to £100 Bonus, get 샌즈카지노 a £100 Welcome Bonus and get 188bet the best bonuses!