Dear Followers :)

I speak my mind here. Aku suka menaip -,-"

Sakit Masa Kandungan 7 Bulan.

Assalamualaikum.


Harini kandungan saya dah masuk 30weeks++ dah. Lagi beberapa bulan a.k.a minggu untuk saya melahirkan khalifah sulong saya ni. Sebenarnya bila dah masuk 30 minggu ni, macam macam sakit saya dah dapat rasa. Antaranya ialah sakit pinggang. Bagi saya dah biasa sebab kita nak tampung berat baby dalam perut ni kan. So sakit ke tak sakit ke kita sebagai bakal ibu mestilah hadap and yakin Allah dah jadikan wanita itu penyabar / mampu tahan segala jenis sakit termasuklah sakit semasa bersalin nanti.

Lately ni saya selalu sangat rasa sakit macam Period Pain tu. Sesiapa yang ada masalah senggugut mungkin faham dan saya antara salah sorang yang selalu sangat hadap benda ni every month (before pegnen) .. Cuma sakit senggugut masa pegnen ni lain macam lah kan? Saya pulak first time nak jadi ibu. So memang takda langsung pengalaman. First saya rasa sakit masa last two weeks before. Masa tu lebih kurang pukul 2 pagi. Rasa sakit lebih dari sakit period pain tu. Saya tak pernah menangis tau period pain dulu. Tapi kali ni betul betul sakit sampai keluar air mata perempuan saya ni. Kejut suami just nak bagitau sakit. Dia dah cuak and tanya saya nak pergi klinik tak. Sebab malas and tak nak susahkan dia. Saya cakap je malas pergi. So dia pun urut urut belakang saya and terus tidur. Saya rasa masa tu saya tak boleh tidur langsung. Nak kejut dia kesian sebab esok dia kerja pagi. Saya pejam jugak mata and tertidur jugak. Esok masa bangun tu alhamdulillah takda apa apa benda pelik keluar and bayi pun aktif menendang je ni. Okay la tu kan?

Then untuk kali ni, jadi lagi semalam 8 April 2018. Sakit sama jugak macam period. Tapi petang. Cuma on off. Kejap ada.. Kejap dia hilang. Bila buat research pasal ni ada yang cakap Brixton Hicks Contraction. Mungkin tak kuat. Ada jugak yang bagitau ni maybe perawalan sebelum bersalin. Sebab baby nak membesar. Perut kita pun makin mengembang. Sebab tu rasa sakit. Cuma masa nak bersalin tu sakit dia mungkin 20x ganda kot.

Sekarang masa tengah buat entry ni pun saya rasa sakit. Dah pesan awal awal dekat suami packing siap siap barang semua. Takut balik kerja nanti direct ke hospital je. Cuma tu lah banyak barang saya tak sediakan lagi. Takut jugak tetiba nak beranak dah kan? Doakan jelah semuanya okay. Saya harap anak saya ni lahir sempurna, sihat, selamat dan cukup bulan je.

Scan baby di Poliklinik Az-Zaara Ampang.

Assalamualaikum.

Entry harini saya nak share pengalaman saya scan baby dekat Klinik Swasta. Nanti saya akan share klinik mana yang saya pergi. Beberapa hari sebelum scan dekat klinik swasta ni, saya memang ada appointment dekat Klinik Kerajaan. Selang beberapa hari je. Saya pilih untuk scan pada weekend memandangkan saya dan suami cuti pada hari yang sama iaitu hari Sabtu -24 March 2018.

Nak dijadikan cerita, pergi scan klinik kerajaan memandangkan usia kandungan dah 7 bulan. Appointment saya macam biasa pukul 8 pagi. Bukan rezeki saya kot. Masa scan tu doctor tak explain sangat pasal bayi saya. Dia just bagitau air ketuban, HB saya dan keadaan bayi. Tu je. Masa scan saya ada tanya anak saya ni Lelaki ke Perempuan. Then dia pun tak yakin sebab dia cakap tak nampak. So jawapan dia "maybe perempuan kot".. So takpa la, memang mostly klinik kerajaan tak menyempat nak layan kerenah kita. Yela bukan saya sorang je yang datang untuk check up. *positive thinking
Disebabkan jawapan acuh tak acuh tu, saya dan suami cadang nak pergi check dekat klinik swasta je. Memang agak mahal. Tapi berbaloi dengan apa yang kami dapat.

Kami memilih Poliklinik Az-Zaara sebagai klinik pilihan pertama kami. Before this kawan husband saya pernah bawak wife dia datang sini. Harga yang ditawarkan ikut pakej mana yang kita pilih. So dekat bawah ni ada pakej yang ditawarkan dekat klinik ni. The price quite expensive tapi for me kira okay la kan sebab kita dapat tahu semua detail pasal anak kita. Why nottttt. So dekat bawah ni saya ada letak nama klinik dengan address. Kalau korang nak buat appointment ke apa boleh direct wassap or call nombor kat bawah. So far memang puas hati sangat sangat sebab saya dapat tahu every detail pasal anak and jantina dia sekli. Sangat sangat recommended!

Foto Poliklinik Az-Zaara.

Untuk pakej dia pulak.. Saya ada share kat bawah ni.


Foto Poliklinik Az-Zaara.
Saya dan suami memilih pakej nombor 6 which is on weekend. Harga dia RM170. Kenapa pilih time weekend? Sebab time ni je free. Suami saya pulak kebetulan cuti pada hari Sabtu. So memang terus buat appointment. Bagi pendapat saya, staff dekat klinik ni sangat mesra. Memang berbaloi dengan harga. Masa scan tu, first sekali dia tunjuk ialah jantina anak saya. Lepas tu baru dia akan tunjuk one by one dari atas sampai ke bawah. Alhamdulillah semua okay. Cuma anak saya masa ni tidur. So tak dapat tengok full muka dia. Yang kelakarnya part yang nak kejutkan dia tu, anak saya siap buat memek muka nak nangis. Tu laa kacau lagi dia tidur. Moment masa tengok muka dia tu hanya Allah je yang tahu perasaan tu. Rasa nak je peluk dia tapi nak buat macammana dia kat dalam perut lagi kan. Saya baru tengok muka dia masa scan dah jatuh cinta. Tu belum lagi dia ada depan mata. Indah sungguh ciptaan Allah ni. Tak sangka ada nyawa lain dalam badan saya yang saya kena jaga dengan sepenuh hati saya. Nyawa yang tak terbeli oleh kata kata. Hanya Allah je dapat gambarkan perasaan tu.


Tinggal lagi dua bulan sebelum saya melahirkan anak pertama kami. Sekarang dah masuk bulan 4. Preparation pun saya dah buat sikit sikit. Cuma tinggal barang saya untuk dibawa ke hospital dan juga masa berpantang nanti. Hopefully semuanya okay. Saya sekarang pun dah masuk 30weeks. Bila bila masa je anak ni boleh keluar. Harap harap semuanya selamat sampai la ke bulan 6 ni. Kalau boleh nak lahirkan anak ni di negeri tercinta iaitu Kelantan. Tapi ayah dia macam nak anak ni IC KL je. Haha. Takpa la janji selamat semuanya. Terima kasih sudi baca blog yang tak seberapa ni. Doakan saya ye. Byeee!

Baby Kicking Untuk Kali Pertama

Assalamualaikum ♡

Entry kali ni saya nak share macammana saya rasa masa baby comel dalam perut saya ni kicking. Ya Allah sungguh saya bersyukur dengan apa yang saya rasa sekarang ni. Tak boleh nak digambarkan dengan kata kata. Yelaa, bila mengandung anak pertama ni lain macam sikit perasaan dia. Saat saya tengah menaip entry ini pun dia tengah active bergerak dalam perut saya ni.

Minggu lepas saya sebenarnya dah mula risau. Sebab kalau nak ikutkan kandungan saya ni 5 bulan dah. Tapi kenapa saya takda rasa lagi pergerakan bayi tu. Atau memang ada movement dari si dia, cuma saya yang tak perasan kot. Sebab tu saya tak dapat rasa. Saya pun tak pasti pasal ni. Bila takda and tak pernah rasa baby kicking tu, saya dah start risau and mula buat research dekat google dan banyak juga tanya pendapat mama saya (sebab dia nurse and pernah jadi bidan masa dia muda dulu kikiki). So dari apa yang saya dapat, sebenarnya sesetengah orang 4 bulan pun dah rasa dah pergerakan baby tu. Depends la, kalau cepat cepat lah. Seawal minggu ke 16 dah dapat rasa dah si dia punya pergerakan tapi sikit jela. Maybe dia baru nak membesar kan. Then selebihnya tu minggu ke 18 dah seterusnya. Macam kes saya ni, minggu ke 16 saya memang tak rasa langsung baby bergerak. Ada juga sahabat saya tanya, "kau tak rasa lagi ke? aku 4 bulan dah rasa dah.." Sebab dia pun pregnant tapi jarak saya dengan dia dua bulan. So saya sekarang 5 bulan. Dia pulak 6 bulan lebih nak ke 7 bulan dah. Bila dia tanya macam tu, memang jawapan saya hanya "baby kecik lagi, sebab tu tak rasa.." dengan "kulit perut aku tebal sebab tu aku tak rasa pape.." 
Macam kes saya ni takda apa pun nak dirisaukan, doktor pun cakap baby kecil lagi. Bila scan okay je laju bergerak. Siap garu garu lagi. Hihihi. Cuma satu masalah perut saya ni tak nampak macam saya ni tengah pregnant. Nampak macam saya yang dulu. Sampai orang tak tahu pun saya pregnant. Saya ada beli satu radio kecil (khas untuk alQuran dan radio biasa). Dalam radio tu memang completed surah-surah dan ceramah dari ustaz terkenal. Bila nak tidur je, saya akan buka surah ibu mengandung and biarkan sampai ke pagi esok. Biasanya saya letak dekat sebelah perut saya je. Sebab kata orang baby even dalam perut sekalipun semua benda dia dengar. Kalau boleh saya nak ajar dia dengan surah surah khususnya surah Yusuf, Surah Maryam..

So, saya mula rasa baby saya bergerak hari Jumaat lepas (19 January 2018).. Baru lepas makan and solat masa ni.. Saya amalkan macam yang orang cakap, cuba bagi rangsangan pada baby.. Saya start la bagi salam, lepas tu usap usap perut.. Bercakap dengan dia.. Tanya khabar dia.. And saya siap tanya lagi, 'kalau sayang ibu, cuba baby respond sikit..' Haa, masa ni lah dia respon, dia tendang perut saya ni. Rasa dia macam ada something dalam perut tengah bergerak. Sesetengah orang cakap kononnya rasa macam rama-rama dalam perut. Tapi saya tak rasa ada rama-rama, cuma saya rasa macam ada orang tengah main bola dalam perut saya ni, Bila dah rasa sekali macam tu, saya terus terkejut lepas tu panggil husband untuk rasa. Malangnya, anak saya ni pemalu dengan bapak dia. Husband tunggu je nak rasa, anak langsung tak respond dekat dia. Hahaha. Sabtu (20 January 2018), pun sama juga, dia menendang makin active. Lagi lagi bila saya lepas makan. Mula lah dia berdansa. Sama juga bapak dia tak dapat rasa. Sampai bapak dia gigit gigit perut saya sebab dia cakap anak taknak cakap dengan dia.. Ahad (21 January 2018) bangun je dari tidur, saya macam biasa letak tangan dekat perut. Sambil usap usap..Masa ni dia active menendang.. Mungkin lapar kot. So bila dia tengah berdansa dalam perut ni, saya ambil tangan husband saya then saya suruh dia pegang perut saya. Buat kali pertamanya dia dapat rasa anak kami menendang. Tiga kali pulak tu dia tendang ayah dia. Suka lah husband saya bila dapat rasa moment tu.

Semalam bila dah bosan sangat dekat rumah, saya dan husband plan nak pergi tengok movie. So lepas solat maghrib tu kami siap siap and terus ke Mytown untuk tengok movie (Den of Thieves).. Kami pergi merempit je. Masa tengah tengok movie tu, ada satu part tembakan. Memang sangat sangat kuat. Sampai kan baby ni pun terkejut. Saya boleh rasa dia menendang active. Kesian dekat dia. Maafkan ibu ye. Ayah la ni mengada nak tengok movie. Takpa, lepas ni kena beringat sikit kalau nak tengok movie ke apa. Kesian anak ibu.
Image result for baby kicking cartoon

My Skincare Routine

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share dengan you guys pasal my skincare routine. Actually, saya bukanlah orang yang terlalu menjaga kulit. Tapi at least saya akan pastikan kulit saya terjaga. Saya sebenarnya ada satu masalah kulit yang agak serious masa zaman belajar dulu. Tak pasti jerawat gatal ataupun hormon je semata mata. Tapi memang agak teruk terutamanya di bahagian dahi dan pipi. So sejak daripada kejadian tu, saya dah mula buat research and try banyak product from different brand. Masa zaman belajar dulu, saya memang penggemar product Safi Balqis. Daripada cleanser, toner, moisturizer dan juga day cream, semuanya dari Safi Balqis. Dulu memang ni je product yang paling murah dan berhasil bagi saya. Yelaa, dulu zaman belajar pun bergantung kepada duit ibu bapa. Saya tak dapat duit PTPTN penuh. Hihihi. So, bila dah kerja sekarang ni macam macam produk saya guna. Ada yang dari organic product, ada yang tinggi chemical and ada yang non chemical. So far alhamdulillah kulit saya tak lah sesensitive dulu. Kalau dulu salah product je terus naik jerawat, sekarang jerawat naik pun kadang kadang je.

Cleanser
Berbalik dengan routine product saya, sekarang ni saya guna cleanser dari brand Nutox. Baru beberapa hari saya guna. So far berpuas hati jugak dengan kulit sekarang. Maybe lepas cuci muka tu saya terus sapu moisturizer from Rosken kot. Agak menggelupas lepas beberapa hari cuci muka dengan Nutox. Maybe dia nak repair skin kita. Nak singkirkan sel kulit mati. Setahu saya la kalau kulit menggelupas. Sesetengah product tu ada bahan kimia yang tinggi tapi so far saya guna tak pedih langsung. Sangat bagus. Day cream dia tak boleh beli lagi sebab agak mahal. Cukup cleanser je dulu.

Image result for nutox cleanser

Moisturizer / Lotion
Untuk moisturizer, saya guna dari brand Rosken. Saya beli yang untuk repair skin (warna biru). Boleh guna untuk seluruh badan especially muka. Sangat sangat recommended. Sejak mengandung ni, seriously kulit tapak kaki saya tersangat lah kering sampai satu tahap tu tajam dan menggelupas. So bila buat research, saya tengok banyak yang review pasal brand Rosken ni. Sebab tu saya cuba beli yang ni. Harga dia takda la mahal sangat. Bawah RM20 je. Boleh sapu dekat kulit kaki, tangan dan muka. Sangat lembut. And saya perasan, kulit jadi moist. Dekat muka pun sama. Dia dapat kurangkan kulit kering. Biasanya saya akan sapu dekat seluruh badan lepas mandi. And sekarang ni saya guna jugak krim ni sebagai base before apply foundation. Jimat untuk hajjah bakhil macam saya ni sebab boleh juga guna untuk badan. Wihuuuuu.

Image result for rosken skin repair review
Recommended for dry skin.

Toner / Moisturizer
 Lepas dah guna cleanser, biasanya saya akan apply Bio Essence Rose Gold Water. Biasanya saya akan sapu guna jari je untuk lagi serapan. Yang ni saya tak sure sama ada toner or moisturizer but for me, bila applied je dekat muka, muka saya akan jadi moist and glowing. Selain tu, Bio Essence ni untuk base make up before saya pakai foundation. Dulu masa first time nak try, saya interested dengan packaging dia je. Sebab botol dia comel, warna pink and ada macam bijik bijik gold. So sebab tu saya interested untuk beli. Masa tu try packaging kecik je, saya beli dekat Guardian RM17 kot time tu. Murah dan tahan lama. So far saya dah pakai almost 5 months. And this is one of my fav moisturizer / toner.

Image result for bio essence rose gold water

Foundation / Day cream
Untuk foundation / day cream, saya pakai product from Simplysiti which is called Luminous White. If you guys perasan, dia punya packaging kecik je warna biru putih. Sebenarnya saya dari dulu guna Simplysiti product. Masa tu saya pakai Dermagic (set purple) .. Lama juga guna and memang semasa penggunaan tu takda sebarang masalah. And untuk sekarang saya memang guna Luminous White. Bila apply dekat muka, muka akan rasa lembap and satu lagi cepat sangat serap dekat kulit. So bagi orang yang takda masalah jerawat yang teruk macam saya ni agak sesuai untuk digunakan. Cuma untuk protect UV dia tak membantu sangat tapi okay la kan untuk moisturizer =,=

Reduce blackhead & pores
Saya ada satu masalah bintik hitam. Biasanya dekat hidung dan pipi. Tapi dekat hidung nampak ketara la. So untuk mengelakkan bintik hitam tu melekat dalam liang roma, saya guna Nose Pore Strips from Watsons. Okay tersangat lah recommended. Dah nama pun deep cleansing kan, memang semua bintik bintik hitam yang ada dekat hidung tu hilang. Biasanya saya guna twice a month. So non routine la kan? Sebab takda la nampak sangat bintik hitam ni melainkan orang tengok kau sampai ke lubang hidung kan. Yang tu bahaya la nampak la kecacatan dekat muka korang. So if you guys interested, gambar kat bawah tu contoh product yang sangat bagus dari Watsons.

Related image
Recommended guys!!! Go get yours!

Masker
Untuk mengelakkan kulit kering, saya akan manjakan diri saya dengan mask. So kalau datang malas tu, saya akan beli banyak mask dekat Watsons. Biasanya beli banyak banyak dari different brand. Tapi kalau rajin dah tiba, saya akan buat sendiri. Guna dua benda je iaitu Plain Yogurt dan Lemon. Senang je, korang beli je plain yogurt dari mana mana brand, biasanya saya guna Nestle Natural. Tak kisah mana mana janji plain yogurt, jangan pergi beli Strawberry pulak. Bersemut nanti muka. Okay, korang guna dalam dua sudu plain yogurt, then letakkan air perahan lemon dalam tu. Air perahan lemon ni sikit jelah kalau tak nanti pedih muka tu lagi lagi muka tu ada luka kecil. Bila dah campur, korang sapu dekat muka korang (the whole face).. Biarkan lah dalam 30 minutes - 1 jam ke. Bila dah kering, lap muka korang guna kain bersih yang dicelup air panas / sejuk. Bilas. Tips ni sangat menjadi ye, selain muka tu bebas minyak dan kurangkan kulit kering, muka kita jugak akan jadi lembut dan kulit makin putih. Sila percaya ye.

So ini saja lah dulu tips tips dan skincare routine dari saya. Kalau rasa sesuai dengan kulit korang, cuba lah guna product yang saya share dan amalkan tips saya. Byee!


Scan jantina baby tapi baby menyorok? - Pengalaman scan jantina baby

Assalamualaikum


Haihh. Sedar tak sedar saya dah masuk 5months dah. Kejap je masa berlalu. Tak sangka lepas kahwin je terus bunting pelamin. Buat masa sekarang ni saya tak mengalami alahan yang teruk kadang kadang tertanya juga 'betul ke aku pregnant ni?'.. Dan paling tak menahan tu orang siap tegur lagi 'perut kau ni tak nampak la..sepatutnya 5 bulan dah nampak..' Habis tu nak buat macammana, tak semua orang kot akan nampak perut. Maybe sebab saya ni tinggi. Tu yang perut susah nak nampak melainkan saya pakai baju yang nampak bentuk badan. And lawaknya, kat office pun tak semua orang tahu okay yang saya ni pregnant. Kikikih.. To be honest, saya tak rasa lagi baby kicking. Ada jugak kawan yang tanya itu ini kenapa tak rasa sebab apa? Sebab dia pregnant and dia dah rasa kicking tu since 4months. Tu saya cakap, lain orang lain pengalaman. Huhu, positive saja la, belum sampai masanya. Jangan down kan i pleaseeee.

So semalam 11 January 2018, saya dan suami macam biasa la pergi Klinik Kesihatan untuk monthly check up. Lupa nak share, saya buat check up dekat Klinik Kesihatan Sungai Besi, KL ye. So far sepanjang check up ni, nurse dekat sini baik baik semuanya. Saya pun dapat nurse yang baik untuk jaga saya selama 9 bulan ni. Saya start buat buku merah masa kandungan 2months++ .. Sebab first time masa tu, so kita pun tak pasti kan macammana. Banyak refer dengan orang and banyak google je cara cara nak buat buku merah. So berbalik kepada tajuk saya, semalam pergi check up macam biasa kena tekan button zon mana (saya zon B) and ambil nombor giliran. Then, dia panggil untuk urine test macam biasa (nak tengok glucose kita macammana).. So untuk kali ke 5 urine test ni alhamdulillah gula masih lagi terkawal. Bila jumpa nurse yang jaga saya tu, macam biasa jugak, dia akan tengok result urine test. Then dia suruh saya timbang berat badan. Last check up hari tu berat saya turun around 3 kg. Nurse just suruh saya makan benda berkhasiat dan jaga pemakanan (mungkin turun berat pun sebab alahan hari tu kot).. Tapi semalam timbang berat naik pulakkkk 2 kg. Adoi.. Pun kena bebel jugak. Hihihi.

  So nurse tu explain everything pasal susu ibu, cara nak kenal pasti baby lapar, cara simpan lebihan susu dalam botol. And fyi, dia cakap jugak susu badan berlebihan kalau simpan dalam freezer akan tahan sampai 3 bulan tau. Kalau simpan dalam fridge biasa je dia akan tahan selama dua hari. Waaa, good information. At least saya tahu and actually saya baru tahu tentang ni. Okay, boleh praktikkan. Then dia explain lah kalau boleh bagi breastfeeding sebab bayi lagi sihat kalau minum susu ibu. Susu ibu kan banyak khasiatnya. Macam macam lagi lah dia terangkan. Then saya tanya nurse tu, dekat sini memang scan dengan doctor je rupanya. Takpa lah saya kena pergi scan dekat swasta la kot jawabnya. So next check up saya 14 February 2018 maksudnya bulan depan.

Image result for baby menyorok jantina


Disebabkan saya excited nak tahu sex dia. Saya terus ajak suami pergi klinik swasta untuk tengok jantina dia lelaki ke perempuan. Saya pergi klinik dekat Desa Tasek. Doctor start la scan tunjuk bahagian bahagian dia. Saya nampak kepala dia, bentuk badan, tulang rusuk dia, usus, tangan dan kaki. Then saya mintak la doctor untuk tunjuk jantina dia. Bila doctor scan dekat kemaluan dia tu, boleh pulak si bayi ni tutup. Siap duduk terkepit kepit lagi. Haihhh kau rasa camne? Geram je saya dengan budak ni, boleh pulak dia angkat lutut macam tu. Macammana lah ibu nak tengok? Hmm banyak kali jugak doctor try scan, tapi memang bad luck. Tak nampak sebab anak saya ni malu sangat katanya. Baru excited nak beli barang barang dia. Tapi betul mama saya cakap, jangan scan lagi sekarang. Tunggu 6 bulan baru scan..Salah sapa sekarang ni? Saya juga yang hampa. Nasib baik suami tersangat lah memahami. Dia cakap "takpa next month kita datang lagi.." dan saya pun takda lah hampa sangat kan. Hihihi.. Sebenarnya bila saya tanya doctor, kita kalau bernasib baik 4 bulan pun dah boleh nampak sex dia tu apa. Tapi saya tak bernasib baik semalam. Takpaaaa, next month ibu datang lagi tengok sayang :D