Dear Followers :)

I speak my mind here. Aku suka menaip -,-"

Idea Pelamin Bunga dan Barang Hantaran.

Assalamualaikum.


Okay post kali ni saya nak share pasal Pelamin, Barang Hantaran, Baju, dan juga Kasut. Untuk pelamin saya memang berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. Harga pun murah and affordable. Mostly orang yang datang semua puji pelamin siap tanya siapa bridal yang buat. Saya bagitahu je sebab tak salah pun kan kita nak promote hasil kerja orang kalau hasil kerja orang tu memuaskan. Untuk tema warna, saya memilih warna putih, cream dan kuning. Sebab baju sanding saya, family dan bridesmaid agak menyerlah. Kalau boleh saya nak warna pelamin tu soft. Sebenarnya saya pilih warna putih sahaja, tapi bunga untuk warna putih tak cukup. So terpaksa la mix warna and tak sangka warna pelamin memang cantik dan menyerlah.

Ni gambar pelamin. Masa ni hantaran dari belah lelaki tak dapat lagi. Cantik tak?

Untuk hantaran pulak saya suka mix and match lepas tu pilih kayu pallet untuk letak barang hantaran. Warna yang saya pilih untuk diberikan kepada pihak lelaki ialah orange dan purple. 

Bagi jam dekat dia. Sebab dia suka jam. And masa saya beli jam ni ada less. Apa lagi grab jelah yang murah.

Yang ni set wallet dengan belt. Saya lupa brand apa tapi rasanya Polo. Masa ni saya beli dekat Aeon Quill Mall tengah ada less 70% masa tu.

Untuk hantaran ni, saya bagi dia kasut brand PUMA. Mula mula dia tak nak sebab agak pricely. Tapi takpa saya paksa jugak dia untuk setuju. Mahal berkualiti ok what?

Hantaran yang ni set Jubah and ada Kopiah. Yang ni mama saya beli dekat Makkah masa dia pergi Umrah bulan 3 haritu.

And the last one, saya bagi dia baju brand H&M. Masa ni H&M tengah buat sales. Murah sangat sangat time tu.

Untuk belah lelaki pulak dorang bagi hantaran tema pink purple. Tu pun recycle masa wedding akak dia. Nampak tak jimatnya disitu. Hehe. 






Untuk kasut nikah sekaligus sanding, saya beli satu kasut je warna pastel untuk pakai kedua dua majlis. Satu je dah memadai sebab saya tahu saya ni bukan jenis yang suka pakai high heels. So kalau beli sampai dua memang sah sah membazir. Kasut ni saya beli dekat Parkson Fahrenheit Bukit Bintang.. Masa ni Parkson tengah buat sales so grab jelah satu kasut sesuai dengan warna baju nikah and sanding nanti. Harga kasut ni dalam RM100++ selepas sales.

Cantik kan?

Untuk baju nikah, macam entry saya yang sebelum ni, saya ada mention yang saya tempah dengan kakak husband saya kan. Untuk sanding pulak saya tempah dengan bridal yang saya mention untuk buat pelamin saya tu. Saya pilih tema peplum songket dengan warna soft blue. So ini lah hasilnya.


Recommended sebenarnya songket ni sebab korang berpeluh pun takkan nampak. Tapi agak panas sebab faham faham je kain songket ni tebal. Hihihi. Kena bertahan sampai petang tau!

Yang ni pulak set baju nikah Lelaki and Perempuan. Semua beli sendiri and upah jahit je.


Sebenarnya tak kisah pun korang nak tema and kaler macammana. Sebab korang yang nak pakai kan. And time tu korang nak orang datang tengok korang nampak cantik. Sebenarnya tak salah pun berhabis duit tapi biar berbaloi hasilnya and korang sendiri puas hati. So tu je dulu yang mampu saya share untuk entry kali ini. Hopefully dapat membantu korang yang tengah kekeringan idea :)





No comments: