Dear Followers :)

I speak my mind here. Aku suka menaip -,-"

My Skincare Routine

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share dengan you guys pasal my skincare routine. Actually, saya bukanlah orang yang terlalu menjaga kulit. Tapi at least saya akan pastikan kulit saya terjaga. Saya sebenarnya ada satu masalah kulit yang agak serious masa zaman belajar dulu. Tak pasti jerawat gatal ataupun hormon je semata mata. Tapi memang agak teruk terutamanya di bahagian dahi dan pipi. So sejak daripada kejadian tu, saya dah mula buat research and try banyak product from different brand. Masa zaman belajar dulu, saya memang penggemar product Safi Balqis. Daripada cleanser, toner, moisturizer dan juga day cream, semuanya dari Safi Balqis. Dulu memang ni je product yang paling murah dan berhasil bagi saya. Yelaa, dulu zaman belajar pun bergantung kepada duit ibu bapa. Saya tak dapat duit PTPTN penuh. Hihihi. So, bila dah kerja sekarang ni macam macam produk saya guna. Ada yang dari organic product, ada yang tinggi chemical and ada yang non chemical. So far alhamdulillah kulit saya tak lah sesensitive dulu. Kalau dulu salah product je terus naik jerawat, sekarang jerawat naik pun kadang kadang je.

Cleanser
Berbalik dengan routine product saya, sekarang ni saya guna cleanser dari brand Nutox. Baru beberapa hari saya guna. So far berpuas hati jugak dengan kulit sekarang. Maybe lepas cuci muka tu saya terus sapu moisturizer from Rosken kot. Agak menggelupas lepas beberapa hari cuci muka dengan Nutox. Maybe dia nak repair skin kita. Nak singkirkan sel kulit mati. Setahu saya la kalau kulit menggelupas. Sesetengah product tu ada bahan kimia yang tinggi tapi so far saya guna tak pedih langsung. Sangat bagus. Day cream dia tak boleh beli lagi sebab agak mahal. Cukup cleanser je dulu.

Image result for nutox cleanser

Moisturizer / Lotion
Untuk moisturizer, saya guna dari brand Rosken. Saya beli yang untuk repair skin (warna biru). Boleh guna untuk seluruh badan especially muka. Sangat sangat recommended. Sejak mengandung ni, seriously kulit tapak kaki saya tersangat lah kering sampai satu tahap tu tajam dan menggelupas. So bila buat research, saya tengok banyak yang review pasal brand Rosken ni. Sebab tu saya cuba beli yang ni. Harga dia takda la mahal sangat. Bawah RM20 je. Boleh sapu dekat kulit kaki, tangan dan muka. Sangat lembut. And saya perasan, kulit jadi moist. Dekat muka pun sama. Dia dapat kurangkan kulit kering. Biasanya saya akan sapu dekat seluruh badan lepas mandi. And sekarang ni saya guna jugak krim ni sebagai base before apply foundation. Jimat untuk hajjah bakhil macam saya ni sebab boleh juga guna untuk badan. Wihuuuuu.

Image result for rosken skin repair review
Recommended for dry skin.

Toner / Moisturizer
 Lepas dah guna cleanser, biasanya saya akan apply Bio Essence Rose Gold Water. Biasanya saya akan sapu guna jari je untuk lagi serapan. Yang ni saya tak sure sama ada toner or moisturizer but for me, bila applied je dekat muka, muka saya akan jadi moist and glowing. Selain tu, Bio Essence ni untuk base make up before saya pakai foundation. Dulu masa first time nak try, saya interested dengan packaging dia je. Sebab botol dia comel, warna pink and ada macam bijik bijik gold. So sebab tu saya interested untuk beli. Masa tu try packaging kecik je, saya beli dekat Guardian RM17 kot time tu. Murah dan tahan lama. So far saya dah pakai almost 5 months. And this is one of my fav moisturizer / toner.

Image result for bio essence rose gold water

Foundation / Day cream
Untuk foundation / day cream, saya pakai product from Simplysiti which is called Luminous White. If you guys perasan, dia punya packaging kecik je warna biru putih. Sebenarnya saya dari dulu guna Simplysiti product. Masa tu saya pakai Dermagic (set purple) .. Lama juga guna and memang semasa penggunaan tu takda sebarang masalah. And untuk sekarang saya memang guna Luminous White. Bila apply dekat muka, muka akan rasa lembap and satu lagi cepat sangat serap dekat kulit. So bagi orang yang takda masalah jerawat yang teruk macam saya ni agak sesuai untuk digunakan. Cuma untuk protect UV dia tak membantu sangat tapi okay la kan untuk moisturizer =,=

Reduce blackhead & pores
Saya ada satu masalah bintik hitam. Biasanya dekat hidung dan pipi. Tapi dekat hidung nampak ketara la. So untuk mengelakkan bintik hitam tu melekat dalam liang roma, saya guna Nose Pore Strips from Watsons. Okay tersangat lah recommended. Dah nama pun deep cleansing kan, memang semua bintik bintik hitam yang ada dekat hidung tu hilang. Biasanya saya guna twice a month. So non routine la kan? Sebab takda la nampak sangat bintik hitam ni melainkan orang tengok kau sampai ke lubang hidung kan. Yang tu bahaya la nampak la kecacatan dekat muka korang. So if you guys interested, gambar kat bawah tu contoh product yang sangat bagus dari Watsons.

Related image
Recommended guys!!! Go get yours!

Masker
Untuk mengelakkan kulit kering, saya akan manjakan diri saya dengan mask. So kalau datang malas tu, saya akan beli banyak mask dekat Watsons. Biasanya beli banyak banyak dari different brand. Tapi kalau rajin dah tiba, saya akan buat sendiri. Guna dua benda je iaitu Plain Yogurt dan Lemon. Senang je, korang beli je plain yogurt dari mana mana brand, biasanya saya guna Nestle Natural. Tak kisah mana mana janji plain yogurt, jangan pergi beli Strawberry pulak. Bersemut nanti muka. Okay, korang guna dalam dua sudu plain yogurt, then letakkan air perahan lemon dalam tu. Air perahan lemon ni sikit jelah kalau tak nanti pedih muka tu lagi lagi muka tu ada luka kecil. Bila dah campur, korang sapu dekat muka korang (the whole face).. Biarkan lah dalam 30 minutes - 1 jam ke. Bila dah kering, lap muka korang guna kain bersih yang dicelup air panas / sejuk. Bilas. Tips ni sangat menjadi ye, selain muka tu bebas minyak dan kurangkan kulit kering, muka kita jugak akan jadi lembut dan kulit makin putih. Sila percaya ye.

So ini saja lah dulu tips tips dan skincare routine dari saya. Kalau rasa sesuai dengan kulit korang, cuba lah guna product yang saya share dan amalkan tips saya. Byee!


1 comment:

Unknown said...

If pakai both moisturizer rosken dan rose gold water tu, which one yg kena pakai dulu? Hehehe.. Sebab sy baru nak try.. Before this pakai rose gold water je.. Kena guna either one or can use both at the same time?